|
China Leaf ialah nama perdagangan bagi kumpulan syarikat Emberton. Syarikat ini ditubuhkan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 1991 sebagai sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan untuk mendapatkan sumber dan pengawalan kualiti bagi pihak pembeli-pembeli dari luar negara.
Setelah memperolehi reputasi di kalangan pelanggan-pelanggan Eropah terhadap tahap kecekapan, kepercayaan dan kecemerlangan kami, pada pertengahan 1990an, Emberton telah melebarkan sayap perkhidmatan dan operasi pengawalannya ke Indonesia, Thailand, Sri Lanka, Hong Kong dan China.
Dengan penubuhan kumpulan-kupulan terlatih yang mengkhusus di dalam bidang-bidang tertentu, seperti pengurusan pengeluaran dan pengawalan kualiti serta sistem operasi kawalan kualiti yang berintergrasi, jumlah pelanggan Emberton di Eropah dan Amerika Syarikat telah menunjukkan peningkatan yang begitu membanggakan sekali.
Emberton juga menyedari bahawa adalah penting untuk memperbaharui perkembangan serta corak pembungkusan sesuatu barangan kerana ianya adalah asas kepada peningkatan jumlah pelanggan. Maka dengan itu, Emberton telah menawarkan perkhidmatan senireka grafik sejak 1998. Keberkesanan perkhidmatan senireka grafik untuk barangan dan pembungkusan sebenarnya telah membuatkan pihak kilang memahami dengan lebih mendalam mengenai penggunaan dan penyediaan sesuatu prototaip. Ini sudah pasti akan mempercepatkan tempoh masa yang diambil di dalam pembuatan sesuatu barangan dan juga ketepatan spesifikasinya.
Dengan bertambahnya pelanggan kami, reputasi kami di bidang kreativiti, inovasi serta kawalan kualiti yang unggul juga telah tersebar luas di kalangan pengimport-pengimport dan pengedar-pengedar yang menerajui lesen bagi jenama-jenama bagi karektor terkemuka dunia seperti Disney, Warner Bros, Sesame Street dan sebagainya.
Setelah berjaya memantapkan perkembangan barangan serta pembungkusan, penilaian
kilang, pengawalan pengeluaran serta logistik perkapalan /eksport, pada tahun 2003 Emberton berjaya menambah satu lagi perkhidmatan yang berperanan penting iaitu dengan menubuhkan makmal penyelidikan dan pemeriksaannya yang tersendiri. Pelaburan yang amat berharga ini meliputi barangan-barangan yang diiktiraf oleh badan-badan kualiti dunia seperti Eropah dan Amerika seperti ASTM< AATCC< EN dan lain-lain.
Hari ini, kami terus melabur dalam pelbagai bidang seperti latihan, kemudahan dan peralatan dan memberikan motivasi kepada pasukan kami yang penuh bertenaga dan semangat serta profesional di dalam setiap jabatan. Ini adalah untuk memberikan para pelanggan kami yang kini semakin bertambah, suatu perkhidmatan yang komprehensif dan menyeluruh serta menjimatkan dengan perkhidmatan kawalan pengeluaran dan penyelidikan yang dipercayai dan disegani di rantau Asia. |